Tuesday, April 17, 2012

Pelajar dan PTPTN

seriously, i got no politics intention..

i'm taking this from my friend status in facebook

Dialog PTPTN (Antara Kerajaan dan Pelajar Sewel)...

Pelajar Sewel: Mansuhkan PTPTN!

Kerajaan: Ok tapi nanti kalau nak sambung belajar, buat pinjaman bank tau. OK tak?
...
Pelajar Sewel: Eh silap, mansuhkan PTPTN dan berikan pendidikan percuma!

Kerajaan: OK tapi yuran pendidikan je yang settle tau, yang lain-lain tu macam duit poket, awak cari sendiri la ek?

Pelajar Sewel: Eh silap lagi, mansuhkan PTPTN dan berikan pendidikan percuma tapi kami masih mahu juga diberikan duit poket dalam RM 600 sebulan macam sekarang ni.

Kerajaan: Itu tak boleh la sebab dah jadi macam biasiswa penuh. Nanti apa pulak kata pelajar cemerlang SPM yang dapat biasiswa penuh JPA, MARA, PETRONAS, UNITEN.

Pelajar Sewel: Eh itu salah diorang la, sapa suruh belajar time SPM dulu untuk dapat biasiswa, kita belajar tak boleh kerana duit, kita belajar mesti ikhlas demi ilmu itu sendiri.

Kerajaan: Tak boleh la, duit poket itu mintak dengan mak bapak awak la.

Pelajar Sewel: Mana la mak bapak saya ada duit, sekarang ni kami tiga beradik belajar kat U, kalau nak tanggung semua, dekat RM 2000 sebulan tu!

Kerajaan: Ok la, ok la, duit poket tu pun kami akan berikan. Tapi lepas dapat semua ni, awak akan belajar rajin-rajin ke?

Pelajar Sewel: Yup!

Kerajaan: Tapi, kenapa sebelum ni awak tak belajar rajin-rajin?

Pelajar Sewel: Sebab sebelum ni ada PTPTN, so kalau kami belajar rajin-rajin itu bermakna kami belajar kerana duit, kami belajar sebab tak nak bayar balik pinjaman. Itu MATERIALISTIK namanya, tiada keikhlasan! Tapi sekarang since semuanya free, barulah kami boleh belajar dengan penuh keikhlasan demi ilmu itu sendiri!

(Dipetik dan diolah dari blog airilsametok.blogspot.com)

read and think

jangan tahu memberontak dan membenarkan orang lain tentukan pendirian kita
pikir dulu, jangan sama kan negara kita dengan Finland yang bagi pendidikan tinggi percuma
mentaliti rakyat kita tak sama dengan rakyat Finland.

Finland dah lama maju, tapi Malaysia, tak maju pun lagi
tapi rakyat semua perasan lebih..

no heart feeling ok

0 comments:

Post a Comment