Monday, April 23, 2012

Masak-Masak Talk: Apam Polka Dot

nak citer jugak
hari tu ada wat apam polka dot
sejak dah lama dah admire
kecomelannya..akhirnya, berpeluang jugak buat
hehe...

here the recipe (taken from jintan manis)

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

drum roll.................tututututududududu...

inilah hasilnya..

tadaa.......




additional notes from my experience..hehe

1. Pukul adunan tu betul-betul sebati..saya punya ovalette berketul-ketul lagi
2. Cup-cup comel tu kena susun dalam bekas kecil pastu baru susun kat loyang, kalau tak apam tu tak cantik, tak bulat, so nanti tak comel la..
3. Amat muai la. kat resepi ni cakap boleh dapat 50 biji..tapi saya buat dapat 80 biji. Sampai tak termakan..
4. Kalau nak dot-dot tu cantik je, dot kan kecil-kecil je, sebab nanti dia kembang
5. Filling boleh letak macam-macam sebenarnya. Leen guna filling blueberry hari tu.
6. Bungkus tutup kukus dengan kain putih bersih. Untuk mengelakkan air yang terkondensasi tu termasuk kat apam polka dot tu..


da....... tu je

0 comments:

Post a Comment